Senin, 26 November 2012


gHujan Perolakan
 Matahari memanaskan udara di permukaan bumi dari pagi hingga petang. Udara panasmengembang dan naik ke atas kerana udara itu lebih ringan daripada udara disekelilingnya. Kejadian ini dinamakan perolakan. Udara itu akan naik kebeberapa ribumeter ke atas dan berlakulah pemeluwapan, iaitu udara menjadi awan. Awan yangterbentuk ini dinamakan kumulonimbus. Lama-kelamaan awan akan bertukar menjadihujan lebat. Hujan ini kerap terjadi pada waktu petang beserta kilat dan petir. Ia turundalam kawasan yang kurang daripada 50km persegi dan dalam masa kurang daripada6 jam. Hujan ini dinamakan hujan perolakan.
Hujan Bukit
 Apabila Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya bertiup, hujan bukitakan turun dengan lebat di kawasan pergunungan dan bukit tinggi. Apabila angin yangbertiup dari laut ini dirintangi oleh tanah tinggi, ia bergerak ke atas dengan pantas.Udara di dalam angin menjadi semakin sejuk dan berlakulah pemeluwapan danterbentuklah awan hujan. Apabila awan ini semakin tinggi ia menjadi titisan hujan yangturun dengan lebat di hadapan tanah tinggi, iaitu yang menghala ke laut. Kawasan dibelakang gunungmenjadi kawasan lindungan hujan dan menerima sedikit hujan keranawap air telah diturunkan di hadapan gunung. Hujan ini dinamakan hujan bukit. (Google)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar