Minggu, 04 November 2012

Banjir Thailand Oktober 2011

Banjir Thailand Oktober 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Banjir Thailand 2011 merupakan banjir yang terburuk dalam tempoh beberapa dekad di negara itu. Banjir ini berlaku sejak awal Ogos 2011 lagi, disebabkan monsun. Sehingga kini 283 orang telah terbunuh. Kira-kira 8.2 juta penduduk dalam 60 daripada 77 wilayah terjejas. Banjir ini telah menenggelamkan hampir 6 juta ekar tanah, di mana 1 juta ekar daripadanya merupakan tanah pertanian. Tanah runtuh juga berlaku terutama di wilayah Rayong di mana 2/3 kilang ditempatkan.

Tanah pertanian banjir di Wilayah Lopburi, 9 Oktober

Kesan

Banjir ini dikatakan "yang terburuk daripada segi jumlah air dan orang yang terbabit" Setakat 13 Oktober, banjir ini menjejaskan 2,250,469 orang daripada 761,044 keluarga, dengan 283 kematian dan dua hilang menurut badan kecemasa 24/7 Emergency Operation Center for Flood, Storm and Landslide (EOC).
Banyak bandar dan pedalaman terjejas termasuk pinggiran ibu kota Bangkok. Tanaman padi di sepanjang Sungai Chao Phraya habis tenggelam, musnah akibat banjir. Bekalan beras dijangka terjejas dan melibatkan beberapa negara pengimport seperti Malaysia. Harganya pasti akan meningkat kerana melibatkan dataran sawah padi yang luas. 1.17 juta hektar sawah padi tenggelam dan padi tidak dapat dituai lagi. Thailand adalah pengeluar utama beras dan mempunyai sawah seluas 27 juta ekar.
Kilang elektronik dan kereta di Bangkok turut terjejas kerana air dalam - mencapai 1 meter dan lebih. Antaranya ialah kilang Honda Automobile Thailand yang terletak di kawasan bandar bersejarah Ayutthaya di utara Bangkok dan Mitsubishi Motors di Chonburi. Selain itu, Nikon dan Canon adalah antara syarikat elektronik yang terjejas. Kemusnahan Zon Industri Saharattananakorn dianggarkan mencapai 30 bilion baht.
Pada 9 Oktober, Gabenor Bank Thailand Prasarn Trairatvorakul menganggarkan kerugian antara AS$1.9 bilion hingga $2.6 bilion. Manakala Dewan Perniagaan Universiti Thai beberap hari kemudian menganggarkan nilai kerosakan sehingga 156.7 bilion baht (5.1 bilion USD). Ia dijangka menyebabkan penurunan antara 0.6 hingga 0.9 peratus perkembangan ekonomi.

Tindakan

Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra meminta semua pihak segera menghulurkan bantuan kewangan dan tempat atau bangunan yang tinggi. Yingluck membatalkan lawatan ke Malaysia dan Singapura sempena perlantikannya sebagai Perdana Menteri.
Sebagai persediaan, ramai penduduk Bangkok membina khemah segera di atas jambatan. Kenderaan persendirian juga memenuhi jejambat. Pasar raya kehabisan khemah, botol air, daging ayam dan daging babi. Penduduk bandar itu sahaja seramai 12 juta orang. (Google)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar